Thursday 9 August 2012

P.B.S


KONSEP PBS


Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, 
kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan 
hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina 
instrumen penilaian, melaksanakan penilaian,merekod hasil penilaian, 
menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. 
Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.

Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi 
individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, 
emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan (FPK).

Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan 
kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua 
aspek tersebut.

PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari 
satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik 
bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. 
Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan 
memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut 
tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan 
dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

No comments:

Post a Comment